FOTO

FOTO
Klik Sini untuk info lanjut

Ahad, 13 Februari 2022

PENGALAMAN MEMANDU SENDIRI DARI NEGERI SEMBILAN KE KELANTAN GUNA KERETA PERODUA AXIA MANUAL


PERJALANAN MASA PERGI


Walaupun sy duduk Rembau disebabkan sy nak ikut Karak sy balik kg dulu..tido 1 mlm dan gerak dari Kg sy di Kg Sg Buloh Jelebu, Negeri Sembilan jam 6.50 pagi. Sy lebih prefer jln siang lebih Selamat.


Alhamdulillah akhirnya dpt cabar diri drive Axia Manual dari N9 ke Kelantan. Selepas dpt izin Hsbn..dia x dpt cuti .kita dah booking segala bagai.. si kaklong pun dah dpt cuti panjang..x sampai hati nak cancle . On je lah.. lagipun dah plan dr awal tahun 2021 lg nak g Kelantan bwk anak2..kebetulan kawan2 nak g sana . Semua dr negeri2 lain..jumpa di Kelantan je.. Sorang kawan duk kelantan. Dia atur jadual lawatan masa kat Sana. Padat x sempat rehat tp berbaloi juga klu x de kawan..tepu duk bilik.


Keluar pukul 6.50 pagi dari Kg Sg Buloh, Simpang Durian,  Jelebu..ikut Jln lama  Bentong - Karak - Lebuhraya tanpa tol Karak - Raub - Kemudian naik Lebuhraya Spine yg baru siap tu kan  tanpa tol dr Kuala Lipis - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Wakaf Baru. Sampai di Wakaf Baru pukul 4 petang. 9 jam perjalanan berhenti mkn tghr di Gua Musang.. Sblm memulakan perjalanan tu sy Dan anak2 buat saliva test covid 19 dulu...Serius view cantik sgt2 ikut Lebuhraya Spine ke Gua Musang...Sy Share video2nya klu nak tengok view yg cantik2.



PERJALANAN MASA BALIK


Sebelum gerak balik buat saliva test COVID-19 dulu.. alhamdulillah negatif.


Tapi...


Time balik lain cerita pulak..saja menggatal nak ikut Terengganu -;pahang.. ambik ko 13 jam..10 am - 11 pm .. jenuh drive .. x naik Lebuhraya Pantai Timur nak jimat duit tol punya pasal.. search Google map antara Bandar ke Bandar utama..Dr Wakaf Baru - Kuala Terengganu - Permaisuri - Paka - Kemaman - Chukai - Cherating - Kuantan - Gambang - Muadzam Shah - Kuala Pilah - TTJaafar sbb nak singgah rumah anak saudara bertunang .. biasalah bila ikut Bandar ke Bandar ni mesti ada jem ... 


Pengalaman x berapa manislah ikut jln ni..  Nak x nak drive waktu mlm juga bIla dah Masuk Jln Segamat nak masuk Keratong tu..giler panjang jln ni rasanya.. x sampai2 plak kat Bandar Seri Jempol.. cuak mlm2 bwk keta kat sini...Jalan dah lah sempit..line jalan kabur ...kereta depan main lampu tinggi...fuh mencabar betul sampai terbabas kat bahu jln ..nyaris nak jd jenazah ...Allahu.. kita x biasa jln tu . Tp jln mlm kan.. memang kena slow2.. gelap je ... nauzubillahiminzalik... sebab dah nak langgar kereta arah depan. tayar boleh pulak tergelincir kat bahu jalan rendah .. giler ah!!! cemas panik terkejut . laju Jantung berdegup mcm nak hilang Nyawa..sempat lg tengok kereta sebelah klu2 dia juga panik sbb muncung kereta sy dah nak langgar keta dia.. .. mengucap istiqfar..sebut Allah2 je lah yg dpt .tp stereng x lepas..balas ke kanan nak rempuh kereta org .balas ke Kiri cepat2.. tekan brek.. keta stop mengejut tayar bising bergeser kuat .. Allahuakbar..risau apa2 jd kat anak2... Hanya Allah yg tau .air mata bergenang menyebut alhamdulillah dan istiqfar berkali2 supaya tenang segera.. perjalanan jauh lg ni.. 


Syukur Allah Masih bg peluang untuk bernafas.. Nasib baik bahu jln lebar x de pokok atau tiang letrik atau gaung...Sy anak beranak Selamat dan sejahtera atas lindunganNya jua... Tiba2 terbit perasaan terkilan dgn pengurusan jln2 raya.. jln tu merbahaya bila drive mlm..simpang nak masuk ke Seremban Bahau..gelap..x nampak simpang korang tau.. Giler x nampak simpang masuk ..lampu limpah x do kek situ.Moral of the story ..hati2 ketika memandu.. gugup tiba2 perasaan tu nak bwk sampai ke Bandar Seri Jempol.. minyak pulak dah sikit.. semua perasaan jd x tentu..


Tapi bila masuk ke Bandar Seri Jempol..Lega giler.. perasaan gugup hilang sbb Keadaan jln lebar..x kasar . Lampu limpah Kiri kanan . Terima Kasih Kerajaan Negeri yg faham akan masalah pengguna jln raya .. bila dah drive Dr kelantan terengganu Dan pahang masuk skit Daerah segamat..sy dpt katakan jln2 raya di Negeri Sembilan cantik, lebar dan selesa..


Lihat semua Foto


Ni pautan post di FB saya Ina Osman


Lebuhraya Baru Spine Kuala Lipis - Gua Musang


View serius cantik ikut lebuhraya Spine ni.




Waktu pergi berpandukan Google Maps dgn
Signboard je u all's.




Ni jln blk tp x Naik Lebuhraya Pantai Timur. Sy ikut Google Maps Search Bandar ke Bandar dan tengok sibgboard. Gigih search sbb x nak naik Lebuhraya bertol.



 

Berjanji dan bertemu kawan2 di Kelantan..ada yg Dr KL, Kedah, Johor dan sy dari Negeri Sembilan. Ada yg buat Banner lag..bertemu dlm Tik Tok buat Grup Whatsapp Kemudian Grup di Telegram. Siapa sangka kami jd kawan online selepas covid melanda... Dan selepas setahun lebih br dpt bersua muka. Maklum masa PKP @ MCO kita x dpt kluar rumah kita hanya dpt berlayar di socmed. 



Harga Soto ni RM3.50 je di Wakaf Che Yeh
Senarai Harga
Soto RM2
Mee, mee Hoon dan Kuew Tiaw

Tambah RM1
Telur
Ayam
Daging
Begedil
Carb stick

Tambah RM0.50
Sayur

Kat sini chicken chop RM7 

Tempat makan di Wakaf Che Yeh


Masjid Ar Rahman Kubang Batang, Wakaf Baru.




Sebagai kenangan

Lepak2 tgh mlm di tepi kolam Homestay & Chalet sambil borak2 sbb esokya dah Balik.



Sayang  Sue dah tido plak time ni.. Dr Kiri Aina, Saya, asyraf, mummy Nad, Bakri dan alai yg lain spt Gat Black, Angah dan azie x dpt hadir bersama atas sbb2 yg x dpt di elakkan.




Sebelum bertolak balik kita wefie dulu





Saya dan anak2. Misi utama nekad drive sendiri pergi Kelantan sbb dah janji dgn anak2.



Bila dah sampai sana dpt juga jumpa member lama yg pernah kerja 1 opis Rembau . Shahrul dan isterinya Nurul. Jumpa di Rumah Hijau Pn Sabariah yg jual Serunding Dan Dodol di Pasir Mas.



Posinglah skit bila dah sampai sini kan . Esok2 tah bila lg.


Ni Anak dara saya si Kaklong Nini.


Dgn anak2 di mercu tanda Kota Bharu







Ambik dari dlm kereta je . Sy x turun pun.


Di Pengkalan Kubur pusat beli belah bebas cukai ada jual brg2 yg ada di Langkawi so klu nak beli brg x yah susah2 naik feri. Tp mcm biasa kastam akan caj cukai lah ye. Simpan resit. Cukai 10% dari semua pembelian 1 kereta . Tp ikut kastam nak diskaun kat caj kita tu. Kami 4 kereta..1 kereta RM15 walaupun beli byk dia x caj full. Oklah Kastam memahami kita dah byk berbelanja. Tips jgn bg semua resit..hahaha


Dlm bilik tgh siap2 nak keluar jln2 sekitar kelantan.


Masa malam bakar2..karok2. kawan2 live Tik Tok.


Ni jln Karak kot..lupa dah kat mana. Mungkin sblm naik Lebuhraya tanpa tol ke Raub.


Test covid ye jgn x test bila pergi dan nak balik


Rembat 2 dulang tuk opis. Kat sini murah2 Mahal skit je dari Langkawi.


Tu harga dia..kecil sederhana besar

Byk pilihan..cantik2


Time mkn selfie skit


Harga promosi time ni PKP pemulihan kan. murah skit  bilik RM90, chalet RM90, Family Room RM150 Dan Homestay RM250




Ada kolam u all's


Ni br sampai..penat skit.


Video View di Lebuhraya Spine Kuala Lipis ke Gua Musang


Lebuhraya Spine Kuala Lipis ke Gua Musang

Bukit batu kapur sepanjang jln ke Gua Musang. Jelas depan mata.



Nun jauh di sana bukit batu kapur. Allahuakbar cantik giler viewnya.

Ni masa kat Luar Pasar Siti Khadijah. Masuk beli keropok dgn buah ciku je ...batik2 x belilah.. ongkos makin menipis.

Sebelum acara bakar2 pd waktu mlm Sue member yg lead sbb dia org sana bawa kami ke Pasar Bunohan..org sana panggillah nama pasar tu x Ingat plak member ada ckp.. gambar plak x sempat ambil. Tp pasarnya memang old school dan berbumbung.. Beli lah makanan skit tuk mkn mlm.















Apa yg lebih membahagiakan bila dpt layan anak2 mcm ni. Nanti bila mereka meningkat dewasa Dan dah berumahtangga x kan ada lg waktu untuk kita bersama dgn anak2.  Selagi ada peluang yg Allah beri.. rebutlah.

Salah satu Masjid di Tumpat...x Tay apa nama masjid ni sbb x berhenti kat sini. Masjid ni. Masjid di Kelantan memang cantik2. 

Jlnnni berkabus tebal padahal dah pukul 10 pagi kot 


Depan Homestay & Chalet



Dah jom balik ke sarang 





Sabtu, 18 Julai 2020

Isi Masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) & Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)


Sis nak kongsi je...

Kena simpan kenangan PKP start 18.3.2020.... Akan tinggal jadi kenangan untuk tahun 2020.

Kita berjaya lalui PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ...Sapa boleh bayangkan kita raya tahun 2020 kat rumah je... Walaupun camtu.. Rendang tetap ada.. Lemang pun kita minta delivery je.. Ketupat sis anyam sendiri 10 ketul cukuplah kan...Baju raya pun x de hati nak beli woiii... Tp online kan ada... Baju raya pun dpt lps raya. Masa ni x kisah pun.. Kesihatan paling utama kena jaga. Time raya sis ke pejabat juga sbb ada tanggungjawab yg sis kena selesaikan. Habis kerja sis balik ke rumah duk diam2 dlm rumah... X boleh nak gedik2 g beraya mcm tahun2 lps de kan.

Kemudian kita berjaya melalui Fasa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Byk sektor ekonomi mula dibuka..org dah ada yg mula bekerja semula tp dlm normal.baharu. Yg pasti still kena duduk rumah klu x de apa yg penting kat luar sana. Sis dan rakan sis hanya backliner je jd kena kerja lah ikut masa yg ditetapkan sejak dari PKP lg. SOP ketat. Habis kerja terus balik rumah..  Walaupun time ni ada je yg mula naik bosan duk umah tp tetap kena duk rumah juga...ko x takut ke COVID kat luar sana tu... Klu kebal x pe jugak.

Skang Fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) hingga 31 Ogos 2020 nanti.. Semua dalam normal baharu... Sekolah mula dibuka secara berperingkat...Raya Aidiladha ni alhamdulillah kita boleh raya tp dlm normal baharu jaga SOP.  Jaga SOP Jaga SOP. Moga kita menang.. Jaga SOP supaya kita lepas dr segala ujian COVID19 ni.

Oleh kerana byk masa time PKP tuhari .. Sis dpt link ilmu ni. Sis klik memandangkan sis byk masukkan video2 sis yg terpilih dalam youtube. Mengapa tidak.. Kita bukan nak glamer pun.. Bukan nyusahkan org pun. Sis nak jugak cuba benda baru kan.. Ni link
Chanel youtube sis

https://www.youtube.com/channel/UCgMXlgCYvVV5S8k5fMtHtAA

Ni video masa bekerja dlm normal baharu. Masa ni PKPB dah..

https://youtu.be/Cx9X3r6lNbE

klik klu nak tengok video2 sis dlm tu...Korang nak try pun boleh..tajuk dia Jom jadi youtuber.. Sis kongsi link tu kat bawah.. Klik je lah...

https://ebookyoutuber.onpay.my/order/form/ebookyoutuber/410

https://ebookyoutuber.onpay.my/order/form/ebookyoutuber/inarz75


Kemudian sis dpt lg 1 ilmu berniaga dalam shopee.. Sebelum ni main taram je..org ada kedai shopee awak pun nak ada kedai shopee tp x de ilmu.. Skang sis dah boleh upload macam2 produk dlm kedai shopee sis tanpa rasa ragu2 sbb sis labur skit duit sis untuk pelajari ilmu berniaga di shopee. Korang yg nak isi masa lapang tu boleh lah jinakkan diri...mana tau ada untung... Setakat ni sis dah mula dpt jual produk2 melalui kedai shopee sis.. Nyambil2 je tu bukan serius sgt sbb sis ada kerja sis sendiri.... Produk pun DS je pun.. Tp itulah ilmu namanya. Kena cari ...ni link kedai shopee sis..

https://shopee.com.my/inarz75?smtt=0.0.9

X byk pun lg produknya sbb sis ada kerja sis sendiri ...kedai shopee ni saje suka je.. tp dah ada yg terjual.. Nak tengok kedai shopee sis ko klik je kat link sis bagi tu. Mana tau dpt idea lak kan.

Apa2 pun setiap ilmu kena ada harganya....  Baru berkat perginya tp sis kongsi post ni free je... Ikutlah nak jadi apa... Ko buat ko punya hal org lain yg negatif2 tu ko tinggalkan je dia... Dalam hati kena ada baik sentiasa. Sis cerita je apa sis buat dlm tempoh ni..

Nak ikut boleh.. X ikut pun x po do.. Baco post sis ni pun klu dapek manfaat eh kan.. Kiro tu Alhamdulillah..mana tau dpt pahalo sedekah lak kan. Tu semua kerja Allah SWT..kito try yo lah buek bondo2 baik.. X ugi pun do.

Panjang post kali ni kan. Klu ko baco terima kasih sis ucapkan sbb berjaya membacanya sampai ke tahap ni.. Please bagi like ko love ko skit komen lah yg murni2 eh.. Pantun pun x po do.. Sajak pun ok..sis suko baco eh..

Disebabkan dlm FB ada yg sanggup baco sampai abih sis ada baranglah bg kek sesapo yg bertuah. Sis pilih.. Baik punya hadiah sis bg. X do niat apo2 do...sis suka nak bg jo.. Sesajo.. Bukan kah membahagiakan org lain tu boleh dapat kebahagiaan kita nanti.. Harap sapo yg bertuah tu akan bahagia bila dapat barang yg sis nak bg.. Sebagai tanda terima kasih sbb berjaya membaca sampai habis post ni...Hanya org yg suka membaca je boleh sampai ke tahap ni.. Klu dekat sis bg dgn tangan sis.. Kok jauh sis pos kan.  Klu x nak baco .. sis x kisah pun.. Ni FB sis.

Ok.

Salam

Inarz
16.7.2020
4.30 pagi


Rakan2 FB yg sudi like love komen pantun bagai kat post ni dlm FB pada hari yg sama.. Ni ada sis snap nama2 diorg.. T sis pilih tuk sis bg hadiah.
Terima kasih banyak2 tau.




Khamis, 12 Mac 2020

FOTO & VIDEO KEBAKARAN PEJABAT DAERAH REMBAU 2014

Assalammualaikum...

Setiap yang terjadi ada sebab...Allah SWT Maha Mengetahui...

Lebih kurang pada waktu Maghrib 28 Februari 2014 telah berlaku satu kebakaran di Tingkat Bawah Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau. Kebakaran ini hanya melibatkan Bangunan di Tingkat Bawah sahaja yang lain tidak terjejas.

Bahagian yg  terjejas adalah di Lobi utama, Unit Pentadbiran, Unit Hasil, Unit Tanah. Unit Pendaftaran dan Kaunter eTanah. Walaubagaimana pun tiada kemalangan jiwa.

Hari pertama selepas kebakaran. Masing-masing tidak tahu mana nak duduk.... Sedih pun ada..Kami hanya duduk di luar pagar di tepi longkang kawasan Kompleks kerana ketika itu pihak BOMBA masih lagi membuat siasatan punca kebakaran.

Melihat keadaan itu Tuan Pegawai Daerah ketika itu Tuan Zaidi bin Johari yang baru sampai cuba menenangkan kerisauan kami dan mengajak kami duduk di gerai makan yang berada di sudut kawasan kompleks.

Tuan Zaidi yang sangat prihatin dengan kami telah belanja minum pagi semua kakitangan yang hadir ke pejabat pada pagi tersebut. Apa2 pun usaha beliau ketika itu, sekurang-kurangnya dapat mengembalikan semangat dan keceriaan kami. Sesiapa yg ada ketika itu pasti menyimpan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.













Hari ke 2 Gotong Royong di adakan. Semua staff berikan kerjasama.


Bahagian pentadbiran memamg terbakar teruk. 



Lawatan dari YB Khairy Jamaludin Ahli Parlimen Rembau, YB Dato' Hj. Awaludin ADUN Kawasan Kota dan YB Dato' Zaifulbahri ADUN Kawasan Chembong bersama Tuan pegawai Daerah Rembau. Lawatan ini dilaksanakan sebelum lawatan MBNS menyusul selepas itu.








Sabtu, 17 Januari 2015

DERITA HATI BONDA

PERUTUSAN PENULIS


Assalammualikum Warahmatullahi Wabarakatuh pembaca semua.

Cerita ini berdasarkan kisah benar. Saya diminta oleh seorang ibu yang sudah lanjut usia untuk menulis kisah sedihnya sebelum dirinya dijemput Ilahi. Pada mulanya saya memang keberatan kerana saya bukanlah penulis. Saya juga tidak mahu ketika saya melayan keghairahan saya waktu menulis cerita ini mungkin saya akan terleka lalu dianggap mencemar perasaan ibu ini. Lama juga saya ambil masa untuk memulakan ayat pertama cerita ini. Oleh kerana ceritanya boleh jadi pengajaran pada kita semua, maka saya olah cerita ini berdasarkan pengalamannya dan menambah mana yang saya rasa perlu tanpa mendedahkan seluruh identiti sebenar watak-watak di dalam cerita ini dan menggunakan nama samaran. Saya terpaksa menambah sedikit isi supaya cerita ini boleh memberi kesan yang mendalam kepada setiap jiwa yang membacanya. Mohon jangan tanya saya siapa mereka. Moga apa yang saya tuliskan selepas ini akan memberi manfaat dan pengajaran buat kita semua.







DERITA HATI BONDA
Olahan cerita : Inarz

Sebelum ini saban hari Mak Ziah duduk di sofa bukan untuk apa-apa hanya merenung jauh ke luar jendela. Sesekali Mak Ziah menjengah ke luar pintu pagar rumahnya apabila setiap kali enjin kereta berhenti. Perasaan hampa sentiasa menyelubungi jiwa Mak Ziah apabila kereta tersebut tidak berhenti di hadapan rumahnya.  Mak Ziah menantikan Sarimah anak perempuan kesayangannya. Sejak pemergian  Pak Dani dua tahun yang lalu, belum ada lagi Sarimah menjenguknya. Hati Mak Ziah tertanya-tanya apa salah dirinya. Dia rindu untuk memandang wajah anaknya yang seorang itu, dia rindu untuk bermain dengan cucunya walaupun anak-anak dan cucu-cucunya yang lain sering datang menjenguk namun perasaan rindunya tidak sama. Hari-hari sebelum ini pun Mak Ziah setia menunggu kepulangan anak kesayangannya itu. Kadang-kadang tergerak di hati Mak Ziah untuk menghubungi Sarimah namun panggilannya tidak satu pun dijawab oleh Sarimah mahupun cucunya. Namun itu semua hanyalah tinggal harapan, Harapan yang mungkin susah untuk digapai lagi.

Sekarang hati Mak Ziah sudah hancur dan kecewa dengan perbuatan Sarimah. Mak Ziah tidak mahu lagi merenung ke luar jendela. Tidak mahu lagi mengharap. Tidak mahu parut berdarah kembali. Hari-hari yang terluangnya kini hanya duduk di sejadah membaca Al Quran untuk arwah suaminya. Mak Ziah mahu buang jauh-jauh kenangannya dengan Sarimah. Kalau boleh Mak Ziah tidak mahu ingat lagi tentang Sarimah. Tetapi apakan daya Mak Ziah, hati seorang ibu. Nalurinya terlalu kuat untuk ditegah. Mak Ziah tetap ingin mengetahui keadaan anaknya Sarimah.  Walaupun hatinya telah dikecewakan. Bila terasa rindu Mak Ziah cuba menelefon majikan Sarimah untuk bertanyakan khabar. Pernah juga Sarimah bertukar tempat kerja. Mak Ziah hilang arah. Ke manakah dia boleh dapatkan berita tentang Sarimah lagi. Di manakah anaknya itu tinggal setelah bertukar. Mak Ziah cuba juga mendapatkan maklumat dari majikan lama Sarimah. Mak Ziah meraih simpati majikan lama Sarimah agar dapat memberikan alamat baru tempat kerja sarimah. Sarimah tidak pernah tahu itu. Mak Ziah mohon majikan Sarimah agar merahsiakan setiap patah perbualan mereka. Mak Ziah hanya ingin tahu. Mak Ziah hanya perlu tahu. Mak Ziah rasa lega walaupun hanya dapat mendengar cerita dari majikan Sarimah. Itu sudah memadai bagi dirinya. Mana mungkin seorang ibu melupakan anaknya, Mana mungkin hati seorang ibu mahu melihat anaknya derita, Mana mungkin hati seorang ibu melihat hidup anaknya terseksa. Mana mungkin seorang ibu membuang anaknya. Tetapi Sarimah tidak tahu itu semua. Mungkin Sarimah tidak mahu tahu lagi tentang dirinya. 

Dahulu Mak Ziah selalu berdoa akan kesejahteraan Sarimah supaya Sarimah berjaya dalam pelajarannya dan mendapat pekerjaan yang baik. Harapan Mak Ziah agar Sarimah boleh mengubah nasib keluarga. Hanya dia yang pandai dalam pelajaran dari adik beradik lelakinya yang lain. Hanya dia yang belajar tinggi hingga menggulung ijazah dan berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Namun sejak akhir-akhir ini, harapan itu telah terpadam dari hati Mak Ziah. Mungkin harapan itu akan di bawa hingga ke liang lahad. Mungkin Sarimah tidak pernah peduli itu semua. Tidak pernah kenang susah payah Mak Ziah dan Pak Dani menghantar Sarimah belajar tinggi walaupun terpaksa berada dalam kesusahan dan kelaparan. Untuk Sarimah, Mak Ziah dan Pak Dani sanggup berhabis duit. Sanggup menderita kerana Sarimah. Adik beradik yang lain juga memberi laluan itu agar hasrat Mak Ziah dan Pak Dani tercapai. Namun apalah nasib seorang ibu seperti Mak Ziah.

Mak Ziah seolah-olah sudah berputus asa untuk mengharapkan kasih sayang seorang anak yang selama ini boleh dibanggakan. Tiada apa yang perlu dibanggakan lagi olehnya kerana kini Mak Ziah tidak lagi tinggal di rumah peninggalan arwah suaminya setelah dia dan Syahir iaitu abang Sarimah yang tinggal bersama Mak Ziah terpaksa keluar dari rumah tersebut kerana suami Sarimah telah menjualkannya kepada orang lain. Itupun setelah Mak Ziah dan Syahir didatangi sepasangan suami isteri yang mengaku bahawa mereka telah membeli rumah tersebut dan mereka sudah membuat bayaran penuh kepada suami Sarimah. Mak Ziah bagai tidak percaya  mendengar kata-kata pasangan tersebut dan memaklumkan dia adalah ibu kandung Sarimah masakan Sarimah sanggup buat dia begitu tanpa berbincang terlebih dahulu. Pasangan tersebut sangat terkejut kerana mereka tidak menyangka bahawa rumah itu didiami oleh ibu dan abang Sarimah sendiri. Namun apalah yang pasangan itu boleh buat lagi kerana semua proses pembelian telah selesai sepenuhnya. Pasangan tersebut hanya mampu memanjangkan tempoh untuk Mak Ziah dan Syahir berpindah keluar. Apa yang lebih mengecewakan Mak Ziah apabila Syahir menerima sepucuk surat arahan dari peguam 2 minggu selepas itu. Surat dari peguam yang dilantik oleh suami Sarimah mengarahkan supaya Mak Ziah dan Syahir segera berpindah keluar jika ingkar mereka akan dikenakan tindakan undang-undang. Surat peguam itu juga menyatakan bahawa rumah tersebut telah dijual kepada pemilik lain dan mereka berdua hendaklah berpindah keluar dalam tempoh 2 minggu sahaja dari tarikh surat tersebut diterima. Maka memang benarlah rumah yang didiami selama puluhan tahun telah dijual oleh anak menantunya sendiri.

Sangat kejam. Terasa gugur jantung Mak Ziah dan berkecai harapannya. Sampai hati Sarimah dan menantunya memperlakukan dia begitu rupa. Mak Ziah terasa dirinya dihina oleh anak sendiri. Apalah lagi yang ada di dalam hati Mak Ziah terhadap Sarimah dan menantunya. Dahulu Sarimah beria benar mengatakan kepada Mak Ziah dan Pak Dani untuk tinggal sahaja di rumah tersebut walaupun suaminya telah membeli rumah tersebut dari Pak Dani dan adik beradik yang lain. Sarimah mahu Mak Ziah dan Pak Dani tinggal rumah tersebut sementara menunggu Sarimah bersara dan mereka boleh tinggal bersama di rumah itu nanti. Mak Ziah sungguh gembira ketika itu. Pak Dani lega kerena masalah rumah tersebut telah diselesaikan oleh Sarimah dan suaminya. Mereka merasakan bahawa Sarimah telah memenuhi harapan sebagai anak dan mengenang jasa kedua orang tuanya. Anak perempuan kesayangan mereka berdua. Itulah perasaan yang mereka rasa ketika itu. Namun kini...

Kalaulah bukan kerana kesempitan kewangan Syahir pada satu ketika dahulu, rumah tersebut tidak akan dijual kepada suami Sarimah,  Itu pun kerana Sarimah gagal menguruskan pembelian rumah tersebut ke atas namanya. Maka untuk mengelakkan rumah tersebut dilelong oleh bank, Sarimah menggunakan nama suaminya sebagai pembeli dan membuat pinjaman kerajaan suaminya. Sebelum ini rumah tersebut adalah rumah yang dibeli oleh Pak Dani bersama 4 orang lagi anak-anaknya sebagai pemilik termasuklah nama Sarimah manakala hutang bank dibayar oleh Syahir sejak rumah tersebut di beli. Namun apabila Syahir mengalami masalah dengan pendapatannya, maka Syahir, Mak Ziah dan Pak Dani meminta Shah adik bongsunya bersama isterinya Zaida tinggal bersama mereka dan membantu untuk membayar hutang rumah tersebut kepada bank memandangkan pendapatan Zaida lebih tinggi dan mampu menanggung pembayaran rumah tersebut kepada bank. Bukan semudah itu Zaida menerima permintaan suaminya Shah. Zaida telah memikirkan semasak-masaknya sebelum bersetuju.

Bagi Zaida, permintaan keluarga mertuanya sukar untuk ditolak kerana melibatkan keluarga suaminya walaupun pada masa itu ayah Zaida telah menasihati Zaida. Ayah Zaida Khuatir akan timbul masalah memandangkan Zaida dan Shah baru sahaja mendirikan rumahtangga. Sebelum berkahwin dengan Shah, Zaida tinggal di sebuah rumah yang disewa oleh Zaida sebelum mereka berkahwin lagi. Setelah berkahwin, Zaida dan Shah tinggal di rumah tersebut sehinggalah Syahir, Mak Ziah dan Pak Dani meminta mereka berdua tinggal bersama-sama dari membazirkan wang untuk menyewa rumah lain sedangkan jarak antara rumah mereka tidak jauh. Setidak-tidaknya dapat membantu abang iparnya Syahir membayar hutang rumah tersebut. Apalah yang zaida boleh katakan apabila suaminya meminta pertolongan. Zaida redha dengan keputusan suami dan mereka berdua tinggal bersama-sama di rumah tersebut. Sejak itu Zaida membantu menyelesaikan sebahagian besar bayaran bulanan rumah tersebut termasuklah sebahagian dari bayaran cukai tanah, cukai pintu, bil elektrik dan bil air yang telah lama tertunggak juga perbelanjaan dapur. Manakala abang iparnya mengeluarkan sebahagian kecil bayaran yang selebihnya. Zaida menolong dengan ikhlas kerana ketika itu keluarga suaminya dalam kesusahan. Tetapi Sarimah tidak pernah dapat menghulurkan bantuan kerana Sarimah sering mengatakan pendapatan mereka berdua suami isteri juga tidak mencukupi sehingga ke hujung bulan, Sampai ke satu tahap syahir membuka suara supaya Zaida terus membeli rumah tersebut demi menyelamatkannya dari di lelong. Oleh sebab itu Sarimah sangat marah. Zaida dan Shah menjadi mangsa keadaan.

“Kau saja nak dengki dengan aku kan?”. Sarimah menempelak Shah dari corong telifon.
“Apahal pulak ni nak marah-marah orang tak tentu pasal! Bagi salam pun tidak”, Shah rasa tercabar dengan kata-kata Sarimah.
“Macam mana pulak boleh Zaida setuju nak beli rumah tu, kan dah tau aku yang nak beli rumah tu”.
“Aku mana tau, Syahir cakap, mak dengan abah pun setuju. Dia ikut lah, kalau betul kau nak beli kenapa kau tak beli-beli lagi sampai bank nak ambik balik. Kau nak mak dengan abah merempat ke?”.
“Ah tak guna cakap dengan kau ni”. Sarimah memutuskan talian.
“Kenapa bang?”. Zaida bertanya kepada Shah. Hati Zaida risau dengan pertelingkahan Shah dan Kakaknya.
“Entah!”. Jawab Shah pendek.

Shah tidak mahu memanjangkan lagi perbualan tersebut. Shah jenis kurang sabar. Jika dia sudah tidak boleh menahan sabarnya, dia tidak kira lagi dengan siapa dia bercakap walaupun dengan kakaknya sendiri. Sarimah pula, apabila dapat tahu sahaja bahawa mereka ingin menjual rumah tersebut kepada Zaida, Tanpa usul periksa, Sarimah terus menelifon Shah dan memarahi Shah serta menuduh Shah dan Zaida macam-macam. Ketika itu Shah sedang menjaga Zaida yang terlantar sakit di Hospital. Zaida mendapat sakit kerana terlalu kuat bekerja sehingga mengabaikan kesihatannya sendiri. Walaupun Shah yang menerima panggilan telifon dari Sarimah tetapi Sarimah tidak terus bercakap kepada Zaida. Namun Zaida dapat mendengar segala kata-kata keji dan tohmahan Sarimah kepada Shah. Zaida kecewa kerana Sarimah membuat andainya sendiri tanpa mendengar cerita sebenar. Zaida tidak mengharapkan pujian dari Sarimah tetapi bukanlah kejian dan cacian yang sepatutnya keluar dari mulut Sarimah, Segala kebaikkan yang Zaida berikan disalah erti oleh Sarimah. Sarimah pula tidak mahu mendengar sebarang penjelasan pun. Sarimah hanya tahu menuduh Zaida telah mencuri kasih sayang Mak Ziah dan Pak Dani darinya. Sarimah menuduh Zaida memberi ubat guna-guna kepada Mak Ziah dan Pak Dani supaya menurut segala kata-kata Zaida. Zaida sedih dan terkilan dengan kata-kata Sarimah. Zaida tidak menyangka apa yang selama ini dikhuatiri oleh ayahnya menjadi kenyataan. Apalah yang Zaida telah buat sehingga Sarimah benci sangat kepadanya. Kasih sayang yang dicurahkan kepada kedua mertuanya ikhlas. Walaupun ketika itu Ibu Zaida sedang sakit di kampung dan sangat memerlukan perhatian. Namun begitu ibunya faham keadaan Zaida yang tinggal dengan mertua.

Zaida jarang dapat balik ke kampung kerana tuntutan kerja. Apa yang boleh Zaida buat hanyalah dapat balik sekejap dan menghulurkan wang untuk perbelanjaan keluarga di kampung. Zaida terima dengan redha atas segala ketentuannya. Shah pula memang suami yang baik. Apabila Sarimah menuduh Zaida memberi ubat guna-guna, Shah tetap mempertahankan isterinya kerana Zaida adalah yang terbaik untuk dirinya. Zaida tidak perlu semua perbuatan keji tersebut. Zaida juga tahu hukum hakam agama. Zaida tidak akan melakukan perkara keji tersebut semata-mata untuk meraih kasih sayang darinya. Lagipun tiada keuntungan kepada Zaida pun. Zaida memiliki segala kasih sayang dari suaminya dan juga dari seluruh ahli keluarganya di kampung. Shah sangat terhutang budi kepada Zaida kerana Zaida sanggup membantu keluarganya tatkala rumah ayahnya hampir diambil balik oleh pihak bank. Shah juga tahu Zaida isteri yang baik dan taat sehingga sanggup tinggal bersama orang tuanya tanpa memikirkan risiko lain. Oleh kerana cemburu dan iri hati yang menebal, Sarimah mengeji Zaida sebegitu rupa, Shah mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan isterinya.         

“Orang ni anak mak bukannya Zaida, dia menantu mak aje! Mak pilih kasih, mak lebih sayangkan dia dari orang”.
“Mana ada mak pilih kasih mah, memanglah Zaida tu menantu mak. Dia dengan Shah yang duduk sini. Sakit pening mak dia juga yang jaga. Engkau jauh kat sana, jarang dapat balik jenguk mak. Kalau mak tak telifon tak adalah engkau nak tanya khabar mak ni”.
“Balik-balik Itu je yang mak cakap. Mak tau kan orang sibuk, mana sempat nak telifon mak hari-hari. Nak balik tiap-tiap minggu bukannya dekat. Kalau orang dekat dengan mak, orang pun boleh jaga mak lebih baik dari Zaida tu. Orang taulah tu tapi tak payahlah mak sayangkan dia lebih-lebih”.
“Tak ada lebihya sayang mak pada dia, tak ada kurangnya sayang mak pada kau, sama macam dulu juga”.
“Orang ni nampak mak. Shah pun satu, duduk sama dengan mak kenapa? Kan ke Zaida dah ada rumah sewa sebelum nikah dulu. Duduk je lah rumah sewa tu. Saja nak susahkan mak”.
“Mak dengan abah yang suruh. Abang Syahir kau dah tak sanggup nak hadap seorang bayar duit rumah ni dekat bank. Gaji dia dah tak cukup nak tampung lagi jadi Zaida sahaja yang boleh tolong bayarkan. Engkau dengan yang lain tak pernah hulur duit sikit pun tolong bayar hutang rumah ni. Kalau tak bayar nanti rumah ni kena lelong pulak mana mak dengan abah nak duduk”.
“Habis macam mana pulak sampai Zaida nak beli rumah tu. Kalau nak tolong bayarkan, tolong aje lah tak payahlah sampai nak beli rumah tu. Kan orang dah cakap orang yang nak ambik rumah tu. Tunggulah gaji orang naik sikit baru orang ambik rumah tu. Shah tu pun saja nak dengki dengan akak sendiri. Adik tak kenang budi”. Bentak Sarimah.
“Bukan Zaida yang nak beli tapi Abang kau, Mak dengan abah yang suruh ambil alih rumah ni. Memanglah Abang tau engkau yang nak ambil alih rumah ni tapi dah lama dia tunggu kau tak juga uruskan sampai dia dah tak sanggup lagi nak membayar rumah ni sorang-sorang. Kalau gaji dia macam dulu dia tak kisah tapi gaji dia dah tinggal sikit. Dia dah banyak kali cakap bila lagi kau nak uruskan. Engkau pun tak cakap apa-apa dengan dia. Jadi dia anggap kau tak jadi nak ambil alih rumah ni”.
“Dia yang tak sabar. Orang dah kata nanti orang uruskan. Tunggu je lah”.
“Berapa lama lagi nak kena tunggu, kalau rumah ni kena lelong mana mak dengan abah nak duduk”.
“Alah semua alasan bank je mak, orang taulah macam mana nak uruskan nanti. Orang lagi takut bila Zaida beli rumah tu nanti, dia mak dengan abah keluar dari rumah ni nanti. Masa tu baru mak tau. Mak nak duduk mana nanti?”.

Terngiang-ngiang dalam kotak fikiran Mak Ziah tentang kata-kata Sarimah. Dia tidak menyangka akhirnya kata-kata yang Sarimah ucapkan telah di balikkan kepada Sarimah Semua. Sarimah yang halau dia keluar dari rumah tersebut. Walaupun dari zahirnya Sarimah tidak pernah menyebutnya secara terang terangan tetapi dari surat yang peguam hantar kepada Syahir menyatakan segalanya. Apalah gunanya Sarimah belajar tinggi dan kerja bagus. Apalah gunanya lagi harapan Mak Ziah kepada Sarimah. Mak Ziah kecewa dan terkilan dengan Sarimah. Sekarang dia juga yang buat perkara yang Zaida tidak pernah terfikir melakukannya. Halau dia keluar dari rumah yang menjadi kenangan bersama arwah suaminya Pak Dani.

“Tak kan berani dia nak balik sini lagi mak, tak usahlah kenang-kenang lagi Sarimah tu. Sekarang ni orang fikir orang kena beli rumah lain. Masa dah tak banyak lagi dah ni. Rasanya minggu depan kita kena juga pindah ke rumah Syaril dulu sementara orang uruskan beli rumah lain”. Kata-kata Syahir mematahkan lamunan Mak Ziah.
“Ikutlah kau lah Syahir, mana anak yang nak jaga mak nanti mak duduklah sana”.

‘Bila orang dah dapat beli rumah orang sendiri nanti, mak duduklah dengan orang balik mak. Kalau sesekali mak nak duduk rumah Shah ke rumah Syaril ke, mak pergilah. Orang tak kisah. Nanti orang dapat beli rumah dulu mak. Gaji orang sekarang pun dah cukup nak beli rumah. Orang tak nak beritahu Sarimah kat mana rumah orang tu mak. Orang tak bagi Sarimah jejak rumah orang. Pandai-pandai Sarimahlah mana nak cari mak lepas ni. Itupun kalau dia masih ingat yang dia ada mak lagi. Itupun Kalau dia ingat nak cari mak”.

Mak Ziah diam seketika menahan sedih. Tiada apa yang dia mahu lagi kecuali bersama arwah suaminya. Mak Ziah akan menghabiskan masanya beribadah sehingga saat nyawa dijemput Pencipta.
“Kalau apa-apa terjadi pada mak, mak sakit ke mak mati ke tak payahlah bagi tau pada Sarimah dah. Biarkanlah dia. Mak tak nak dia tengok mak. Dia pun dah senang dengan suaminya. Nak buat apa nak ingat pada mak yang dah tua yang selalu menyusahkan ni”. Akhirnya Mak Ziah bersuara. Tutur kata Mak Ziah diiringi rasa pilu dan sebak. Perasaan kecewa dan terkilan yang amat sangat menyelubungi seluruh jiwa Mak Ziah. Inilah pesanan Mak Ziah kepada anak menantunya yang lain untuk Sarimah. Bagaimanalah Sarimah jika dia tahu bahawa akhirnya inilah ucapan yang keluar dari mulut ibu yang mengandungkan dan melahirkannya. Walaupun syurga seorang isteri pada suami namun apalah gunanya menjadi seorang anak jika beginilah ucapan yang terpaksa diluahkan oleh seorang ibu. Luahan ibu yang tidak mungkin meredakan penyesalan sepanjang hidup Sarimah.


Sabtu, 6 Disember 2014

KEMASKINI BR1M 2015 DAN DAFTAR ONLINE


Klik web kumpul duit Online SINI



Di sini saya sertakan link bagi web ebr1m...
bagi anda yang masih layak menerima dan memohon sila klik laman webdi bawah dan anda akandi bawa ke laman ebr1m.


Klik Laman di sini     ebr1m

JIKA ANDA TIDAK MEMPUNYAI AKAUN BANK ANDA TIDAK BOLEH KEMASKINI SECARA ONLINE.....

KEMASKINI DARI 1 DISEMBER 2014 HINGGA 31 DISEMBER 2014 SAHAJA.

SEBELUM ITU... tips dari saya...


Ramai yang tidak pasti bagaimana unutk memasuki borang anda sendiri menyebabkan akuan anda di BLOCK.... ok saya bagi tips skit.

KEMASKINI BRIM 2015

1.  Klik pada KEMAS KINI PERMOHONAN MASUK KE ebr1m

2. Masukkan No MY Kad / IC anda dan klik KEMAS KINI PERMOHONAN

3. Skrin akan papar Soalan yg akan menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan data yang telah anda tulis semasa permohonan dahulu. Ini hanyalah soalan keselamatan untuk mengelakkan orang ketiga dapat masuk ke borang anda.

4. JANGAN JAWAB SOALAN TERSEBUT JIKA ANDA TIDAK PASTI. ANDA HENDAKLAH TERUS KLIK PADA TUKAR SOALAN. Jika anda salah menjawab soalan tersebut anda akan diberi peluang untuk jawab soalan tersebut sebanyak 2 kali lagi. SEKALI LAGI JIKA ANDA TIDAK PASTI JANGAN JAWAB SOALAN TERSEBUT. JIKA ANDA MENJAWAB SEHINGGA 3 KALI AKAUN ANDA AKAN DI BLOK. SILA KLIK TUKAR SOALAN.


5. CARILAH SOALAN YANG MUDAH ANDA JAWAB DAN YANG ANDA INGAT. seperti :

a) Bandar yang anda daftarkan
b) Poskod yang anda daftarkan.
c) No Mykad pasangan anda.

Soalan yang mudah......

Soalannya hanyalah berkisar kepada data peribadi yang telah anda tulis di dalam borang permohonan anda yang terdahulu.

6. Apabila anda dapat masuk ke borang anda ... sila kemaskini semua maklumat yang terkini jika tiada anda perubahan anda beralih ke Bahagian C iaitu ruangan WARIS untuk Khairat Kematian ruangan ini WAJIB di isi jika pemohon adalah pemohon berkeluarga dan ada tangungan atau warga emas.

7. Langkah terakhir sila masukkan No, Kod keselamatan yang di paparkan secara kabur yang terdapat ruangan kiri bawah sekali untuk mengesahkan anda bukan robot. KLIK KEMASKINI tunggu hingga paparan seterusnya tandakan SETUJU kemudian HANTAR. tunggu sehingga paparan mengatakan KEMASKINI BERJAYA. ANDA BOLEH CETAK BORANG ANDA JIKA PERLU. MASUK KE ebr1m

8. Anda boleh semak permohonan anda di butang SEMAKAN STATUS.

9. Jika berlaku akaun anda telah di BLOCK oleh sistem anda tidak boleh lagi melihat borang anda dan urusan seterusnya anda hendaklah muat turun Borang BR1M 2015 dari web ebr1m dankemukakan ke pejabat LHDN yang berhanpiran atau di pejabat-pejabat Kerajaan yang telah dilantik seperti PEJABAT DAERAH DI KAWASAN ANDA. Borang juga ada di edar disana.


HARAP TIPS-TIPS INI DAPAT MEMBANTU ANDA.