BERSELUAR MENANTU....!!
Kisah ni adalah cerita lucu orang dulu-dulu...sekadar nak isi masa lapang lepas lelah penat bekerja. cerita ni selalu arwah ibu saya perdengarkan pada kami masa hayatnya semasa santai kami sekeluarga. Abah saya pun suka juga dengar cerita ni tak kering gusi dibuatnya. Kisah ni amat popular di kalangan keluarga dan adik beradik saya. Oleh sebab itu saya rasa saya nak lah berkongsi cerita ni dengan orang diluar sana maka saya hidangkan pada rakan pembaca blog ini. Kisah ni saya dah olah jadi lebih tragis apabila membacanya. Tetapi tidak mengubah maksud.
Kisah bermula pada zaman dahulu lah ni. Ada sebuah pasangan yang tinggal di dalam sebuah kampung yang rata-rata penduduknya memang bekerja kampung. kadang-kadang ke kebun, ke sungai cari ikan dan macam-macam lagi pekerjaan untuk mencari nafkah dan rezeki yang halal.
Pada suatu hari si isteri telah menjahit sehelai baju dan seluar yang diperbuat dari kertas tebal. Saya pun kurang periksa kenapa nak jahit kertas tu jadi baju dan seluar plak. Saya pun tak pernah terfikir nak tanya pada arwah ibu saya dulu. Mungkin suka-suka kot atau baru nak belajar menjahit. Maklumlah orang dulu-dulu kan ke nikah muda jadi walaupun fikiran cepat matang mungkin tak puas main. Agak saya lah. Tak pe lah tu, kita sambung lah kisah ni semula.
Oleh kerana baju dan seluar kertas yang dijahitnya tu untuk lelaki maka dia meminta si suami ni memakai baju kertas tersebut untuk menjadi model dia. Si suami mula-mulanya keberatan tetapi pujukan si isteri mengatasi segalanya. Akhirnya si suami ni bersetujulah memenuhi permintaan isterinya yang tersayang. Si suami menanggalkan bajunya dan memakai baju kertas yang isterinya jahit tadi. ikut cerita arwah ibu saya dulu itulah bajunya dan seluarnya tapi tak sebut pulak si suami ni pakai ke tak seluar dalam. Oleh kerana tidak mahu si isteri tarik muka maka si suami pun memujilah si isteri ni kerana baju yang dia jahit itu memang padan dengan badannya. Gembiralah hati si isteri......untuk menghargai si isteri yang penat menjahit baju kertas itu tadi si suami tidaklah menanggalkan baju dan seluar kertas yang dipakainya.
Hendak dijadikan cerita...si suami pun hendak keluar cari rezeki untuk makan petang. Dia pergi lah ke sungai tempat dia mamasang lukah yang tidak jauh dari rumahnya. Sebelum si suami keluar rumah si isteri dah berpesan jangan turun dalam air nanti baju yang dia pakai akan rosak. Apabila sampai di sungai si suami melihat lukah yang di pasang penuh dengan ikan Baung (kalau tak kenal ikan tu sejenis ikan air tawarlah cari je dalam goggle). Bila si suami ni terlihat banyak ikan baung yang terperangkap dalam lukahnya, dia teruja yang amat sangat dan terus turun ke sungai untuk mengambil lukahnya sehingga terlupa baju yang dia pakai tadi. Dia pun dengan teruja dan senang hatinya bawa naik lukahnya ke tebing. Faham-faham jelah bila kertas kena air......kan ke basah dan koyak dan...jeng, jeng, jeng........hanyut...........
Lagi nak sedapkan cerita.....kebetulan si bapa mertua kepada si suami pun datang bertandang maka terserempaklah dengan si menantu lelakinya yang tengah seronok bawa lukah dan ikan yang ditangkap. Apabila sahaja terpandang menantu ni tadi si bapa mertua pun terkejut dan terkujatlah macam nak pengsan dan hampir pitam.
"Berkain menantu". Si bapa melaung kepada menantunya.
"Tak de lain de yah, ikan baung je". Sangka si menantu ni bapa mertuanya bertanyakan ikan apa yang dia dapat.
"Berseluar menantuuuuu...". Si bapa mengingatkan menantunya lagi.
"Tak jual de yah kita makan anak beranak je". Si menantu tak juga perasan.
Si menantu ni pulak dah kemaruk ikan baung tu. Dia terus je keluarkan ikan dari lukah dengan senang hati dan gembira yang tidak dapat digambarkan kerana hasil tangkapannya sangat banyak berbanding dengan hari-hari yang lain. Dia mungkin memikirkan ikan yang dia dapat tu boleh disalai dan di simpan cukup untuk bekalan seminggu.
Si bapa pun putus asa dan mati akal apa lagi dia nak cakap...Akhirnya si bapa pun menyuruh anak perempuannya membuat pengat labu untuk dihidangkan sebagai minum petang sementara menantunya melayan perasaan gembiranya.
Si bapa mengajak menentunya naik ke rumah menikmati minum petang bersama pengat labu yang di masak tadi. Si suami pun menghiruplah pengat labu tadi dan tidak semena-mena tertumpahlah pengat labu tadi dari sudu yang di pegang dan terkena pada anggotanya yang satu itu. Sebaik sahaja terasa panas dan sakit di bahagian itu dia pun tergamam dan tersedar rupanya dia tidak memakai seutas benang pun di badan dari tadi. Dia bingkas bangun dan terus lari ke bilik untuk mengambil kain. Malu tak payah nak ceritalahkan. Si isteri lega kerana suaminya sudah berpijak di bumi nyata. Si bapa menggelengkan kepala sambil mengurut dada. Menantu-menantu.................
Moral cerita ni : Jangan ikutkan taksub ikutkan perasaan dan hati sehingga memalukan diri sendiri.
Nukilan dan olahan : inarz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan