Nazam 25 Nabi & Rasul
KELIMA
Utusan Allah
bilang yang ke 5,Nabi Saleh Rasul yang mulia,
Kaumnya sesat menyembah berhala,
Satu kaum yang enggan menerima;
Dia menyeru
sembahlah yang Maha Esa,
Tanpa putus asa
terus berusaha,Mukjizat sendiri dikurnia kepadanya,
Unta ajaib yang sihat tubuhnya;
Hari ke hari
ramai pengikutnya,
Berkat mukjizat
Allah beri padanya,Datang dengki di antara kaumnya,
Membunuh unta tanpa fikir akibatnya;
Tiga Hari hanya
masa yang diberi,
Bersenang-senang
sementara dijanji,Badai taufan datang mencari,
Kaum yang engkar bergelimpangan mati;
Nazam 25 Nabi & Rasul
KEENAM
Nabi Ibrahim ke 6 bilangannya,Ulul Azmi 5 rasul utama,
Kaumnya sesat menyembah berhala,
Serta ayahnya dan Rajanya juga;
Di musnahkan
semua berhala,
Beri pengajaran
kepada kaumnya,Supaya sedar akan kebenarannya,
Bahawa berhala tiada bernyawa;
Ibrahim ditangkap
perintah rajanya,
Raja Namrud
bertitah membakarnya,Di dalam api tiada dimakan ia,
Ibrahim keluar dengan selamat dan sejahtera;
Demikianlah
kebesaran Yang Esa
Dilimpah
kepada Ibrahim utusannya,Untuk pengajaran kepada hambanya,
Agar terselamat dari seksa Neraka;
Nazam 25 Nabi & Rasul
KETUJUH
Ke 7 Luth Rasul yang mulia,
Nabi
Ibarahim bapa saudaranya,Di utus kepada kaum rendah akhlaknya,
Bercinta-cinta dengan rakan sejenisnya;
Malaikat turun
mengkhabar berita
Yang akan tiba
menimpa kaumnya,Luth dan pengikut meninggalkan negerinya,
Sebelum bencana berlaku esoknya;
Kuasa Allah tiada
bandingannya,
Tanah runtuh
teramat dasyatnya,Memusnahkan sekelian kaumnya,
Yang telah engkar lagi derhaka;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan