Nazam 25 Nabi & Rasul
KEDUA
Ke 2 Idris Rasul yang
istimewa,
Kurniaan Allah
tidak terbanding ia,
Tekun belajar
kitab yang Esa,
Pandai menulis
dan juga membaca;
Segala kurniaan
tidak dipersia,
Kuat beribadah
kepada yang Esa,
Menolong orang
dengan percuma,
Demikian indahnya
Akhlak Ambia;
Nazam 25 Nabi & Rasul
KETIGA
Nabi Noh Rasul
yang ke 3
Sangat terkenal
dan panjang umurnya,
Kaumnya sombong
derhaka pula,
Menyembah patung
yang tidak bernyawa;
Kaumnya sangka
Nabi Noh sudah gila,
Membina bahtera di
tengah kota,
Tidak hirau walaupun
ditertawa,
Perintah Allah tetap
diturutinya,
Sangat biadab
iaitu kaumnya,
Mencabar
pula kuasa Yang Esa,
Dipohonkan Allah
datangkan bencana,
Moga keturunan
tidak jahat dan derhaka;
Allah perintah
bawa pengikutnya,
Serta ternakan
naik bahtera segera,
Datang bencana
tidak terkira,
Bumi tenggelam
beserta isinya;
Sedih di hati
melihat puteranya,
Diiringi dengan
linangan air mata,
Anaknya kafir
yang degil dan derhaka,
Tengelam juga
bersama lainnya;
Gunung Judy
tersadainya bahtera,
Menjadi sejarah
kepada dunia,
Begitulah kuasa
yang Maha Esa,
Beri petunjuk
kepada hambanya;
Nazam 25 Nabi & Rasul
KEEMPAT
Ke 4 Hud Rasul
yang mulia,
Cucu Nabi
Noh dan Sam Ayahnya,
Diutus
Allah kepada umatnya,
Kaum Ad
yang menyembah berhala;
Sangat
zalim iaitu kaumnya,
Banyak angkara
sesama manusia,
Diberi ingat
balasan akan tiba,
Namun hanya
sia-sia belaka;
Diturun seksa
kepada mereka,
Angin Syar-Syar
diberi nama,
Amat kencang dan
sungguh hebat pula,
Matilah kaumnya
kecuali yang setia;