FOTO

FOTO
Klik Sini untuk info lanjut

Khamis, 12 Mac 2020

FOTO & VIDEO KEBAKARAN PEJABAT DAERAH REMBAU 2014

Assalammualaikum...

Setiap yang terjadi ada sebab...Allah SWT Maha Mengetahui...

Lebih kurang pada waktu Maghrib 28 Februari 2014 telah berlaku satu kebakaran di Tingkat Bawah Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau. Kebakaran ini hanya melibatkan Bangunan di Tingkat Bawah sahaja yang lain tidak terjejas.

Bahagian yg  terjejas adalah di Lobi utama, Unit Pentadbiran, Unit Hasil, Unit Tanah. Unit Pendaftaran dan Kaunter eTanah. Walaubagaimana pun tiada kemalangan jiwa.

Hari pertama selepas kebakaran. Masing-masing tidak tahu mana nak duduk.... Sedih pun ada..Kami hanya duduk di luar pagar di tepi longkang kawasan Kompleks kerana ketika itu pihak BOMBA masih lagi membuat siasatan punca kebakaran.

Melihat keadaan itu Tuan Pegawai Daerah ketika itu Tuan Zaidi bin Johari yang baru sampai cuba menenangkan kerisauan kami dan mengajak kami duduk di gerai makan yang berada di sudut kawasan kompleks.

Tuan Zaidi yang sangat prihatin dengan kami telah belanja minum pagi semua kakitangan yang hadir ke pejabat pada pagi tersebut. Apa2 pun usaha beliau ketika itu, sekurang-kurangnya dapat mengembalikan semangat dan keceriaan kami. Sesiapa yg ada ketika itu pasti menyimpan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.













Hari ke 2 Gotong Royong di adakan. Semua staff berikan kerjasama.


Bahagian pentadbiran memamg terbakar teruk. 



Lawatan dari YB Khairy Jamaludin Ahli Parlimen Rembau, YB Dato' Hj. Awaludin ADUN Kawasan Kota dan YB Dato' Zaifulbahri ADUN Kawasan Chembong bersama Tuan pegawai Daerah Rembau. Lawatan ini dilaksanakan sebelum lawatan MBNS menyusul selepas itu.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan